Followers

Friday, 18 May 2012

sekadar perkongsian bersama!!

             assalammualaikum wbt & bismillahirahmanhirahim..


:: Sindrom Handset Mahal Kredit Takde.. ::
Ingatlah pesanan Baginda Salallahu Alaihi Wassallam ini..

Di zaman mabuk teknologi maklumat dan komunikasi ini, kadang-kadang kita pening melihat betapa taksubnya pengguna teknologi ini khususnya remaja terhadap telefon bimbit.

Diibaratkan sebilah pisau, kalau kita menggunakan pisau itu dengan waras dan wajar, ia pasti akan banyak membantu. Sebaliknya kalau kita gagal mengawalnya, ia boleh mencederakan malah mampu membunuh!

Namun apa yang menarik perhatian ialah telefon bimbit selalu dikaitkan dengan kredit. Bagi pemilik tegar, mereka akan menggunakan telefon bimbit ini tanpa mengira sama ada perlu atau tidak. Sama ada penting atau tidak.

Mereka terlalu teruja dengan SMS, MMS, 3G, 3GS, muat turun lagu, video, undian program realiti dan bermacam permainan yang dipromosi. Biasanya, penggunaan yang tidak berfaedahlah yang banyak mengikis kredit, disebabkan kemudahannya pelbagai dan kadarnya mahal. Jadi, ia perlu di top up selalu bagi mengelakkannya diganggu sindrom "handset mahal kredit takde".

Baik, apa kaitannya dengan sunnah Nabi Salallahu Alaihi Wassallam?

Bayangkan kredit telefon bimbit itu sebagai kualiti hidup kita. Dengan kehidupan kita yang tidak tentu haluan, godaan dunia yang menghentam, usaha menuntut ilmu dan amalan pun tak keruan, apa yang kita harapkan dalam melihat graf iman kita?

Daripada sepuluh markah, ditakuk mana iman kita? Dua? Tiga? Mungkin tidak sampai satu pun.

Di sinilah indahnya pesanan Nabi Salallahu Alaihi Wassallam. Di mana ada sunnah Nabi di situ ada keberkatan. Pahala amalan digandakan menjadi kredit hidup yang semakin malap kualitinya.

Dalam sunnah Nabi Salallahu Alaihi Wassallam ini kita bertemu dengan pelbagai nasihat yang tidak pernah kita jumpa dalam subjek sains acuan barat. Ada sunnah menjilat jari, makan sambil duduk, makan dengan tangan kanan dan bermacam lagi.

Paling mengujakan dan insyaAllah diizinkan Dia, kita mendapat syafaat Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassallam di akhirat kelak. Ke semua perkara ini dijanjikan pahala dan keberkatan. Bayangkan, amalan wajib kita yang cacamarba dapat diperelokkan dengan amalan sunat dan di angkat ke langit tanpa hijab. Itu adalah motivasi yang tersirat yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam.

Apakah perkara-perkara tersebut masih tidak mampu merangsang urat saraf iman kita?

Rebutlah peluang ini, juga pesanan tuk diri sya jgak!!

Esok masih samar. Sama ada kita sempat beramal dengan sunnah Nabi atau tidak. Dengan peluang dipinjam otot-otot yang sihat sekarang, lakukanlah amalan-amalan fardhu dan sunat sebanyak-banyaknya dan seikhlas-ikhlasnya. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggal langsung.

Hinakanlah diri di hadapan Allah dan akuilah segala dosa dan kesilapan kita selama ini. Dan berpesan-pesanlah kita dengan kebenaran dan kesabaran. Di dalam Al-Quran ada mengatakan “berpesan-pesanlah kepada kebaikan dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran”.

Islam tercipta dari seorang hamba Allah yang cintakan penciptanya, cintakan agamanya, cintakan Rasulullah, cintakan kedamaian dan juga cintakan sinar hidayah dari Allah. Sekali ianya dirasakan, semoga ianya berkekalan terus sehingga nyawa berada di hujung halqum... —

                                        wallahu'alam, sesungguhnya cinta ALLAH cinta ABADI.. :)
 

No comments:

Post a Comment